Portal berita terbaik anda

Viral

Runner terkilan beli barang Datin cuma dibayar upah RM5

Disebabkan sekarang tengah hangat cerita caj runner.. tidak apa cuma renungkan la nasib kami ini..

Ada harga yang perlu dibayar

Untuk itu RM4.10/- cukuplah. Tak perlu bayar lebih. Aku diam dan cuba menenangkan diri. Menolak troli mall itu bukanlah berat tapi amat lambat aku rasa untuk sampai ke motor.

Dari tadi mula mencari cari barang yang dipesan ambik gambar itu dan ini, online WhatsApp untuk pilihan yang mane satu brand yang dimahukan, dan beratur panjang untuk buat bayaran.

Hampir 1 jam untuk menguruskan pembelian ini.

Job (personal shopper) nampak macam seronok tapi hakikatnya yang pernah buat saja yang tahu. Patutlah ada yang tak suka pi belanja. Sebelum turun kereta kene berpusing pusing cari car park. Ok siap pack kita ride delivery.

Telephone asik bunyi je. “Awak kat mane dah siap belum?, Jangan tipu saya nanti saya viralkan nama awak!!”.

Sentap aku. Aku ambik gambar barang barang atas motor snap gambar resit dan SEND.. malas nak taip panjang-panjang nanti kerja tak siap.

Perjalanan sejauh 29km pada aku tak lah jauh sangat. Tapi nak lepaskan traffic lights kat simpang bandar ini memang sangat stress. Ada pulak kereta rosak kat simpang lagi lah sesak. Tapi kitakan RUNNER celik jalan je sampai..

“Datin. Semua barang barang datin saya dah siapkan dan resit bayaran dibag plastik depan. Semuanya RM195.90 seperti yang saya WhatsApp tadi.”

“Nah ambik RM200/- baki tu buat upah barang tu kau hantar kat meja dapur”.

Tetiba aku terdiam tak terkata kata note RM50/ x 4 keping itu aku genggam tutup rapat letak barang siap, pakai helmet start motor dan pulang.

Sampai di rumah, anak-anak tanya mana gula-gula yang ayah nak beli tadi?.

Aku habiskan 1 hari punye kerja. Angkat barang beratur panjang dan bayar dahulukan duit aku bawak motor hampir 58/60km buat kerja 3@4 jam dan lepas tolak modal dan baki yang ada CUMA RM4.10 /- itu belum kira duit minyak aku dan setengah hari aku belum makan.

Takpe jom kita pi kedai depan beli gula gula.. hari ini rezeki kau orang anak-anak ya. Ambik ni RM4.10/- beli ice cream dan gula-gula. 4 batang ice cream jer..

“Ayah nie baki duit ayah simpanlah ya nanti ayah nak pi kerja nak isi minyak motor lagi tauu. RM0.10 sen.

Sejak hari itu biar aku yang bagi nilai dan tetapkan harga sebab SETIAP KERJA ITU ADA HARGA YANG PERLU DIBAYAR bukan percuma

Tak kiralah mereka kata mahal dan cekik darah lah tapi kerja aku ada nilai.

“You nak. I boleh buat segala-galanya untuk you tapi sayang ia ada harga yang perlu dibayar bukan percuma.”

Aku seorang Runner dan jalan raya ini adalah pentas hidupku

#RAZAKRUNNERTAWAU
0128368132

Sumber: Runner Tawau

Loading...

5 Comments

  1. uwais

    itulah nasib rakyat bawahan,yg kais pg mkn pg,siapakah yg nk perjuangkan nasib mereka,pemimpin masa ni berebut utk jawatan gaji besar,hanya dekat pilihanraya nnt baru turun jumpa mereka ni semua

  2. Kak ella

    Allahuakbar….melampau dan kedekot…..pada runner2 semua kita ada harga diri…kita ada kelebihan kita ada kebijaksanaan…tolong jadi kan kerja ini ada standard dan jaga maruah kita.jangan d pijak2 oleh manusia ego dan sombong.

  3. Ni la masaalah orang tak timbang rasa, saya dulu sebagai wayerman kg, orang panggil reper lampu, kita pi reper naik motor, motor bukan boh air, sekali pi, terima kaseh, 2 kali pi terima kaseh, kali ketiga pi, tukar habis 1 set lampu tinggal sarang ja pakai balik, kena dekat 20 rgt, baru puas, lain kali runner pun kena belajar letak harga.
    Kawan saya indonesia kerja buruh binaan sehari 100 rgt, bila dah rasa segan nak kerja buruh binaan, dia buat la urut dirumah dia, dia urut 1 orang dekat 1 jam, ada yg bakhill, bagi 2 rgt, 3 rgt, saya kata kat dia, hg ambik 1 orang 25 rgt, dia kata tak tergamak, saya kata hg tak gamak, kita buat mcm ni, aku kutip duit 1 orang 25 rgt, aku bg hg 1 org 10 rgt, dia kata mana boleh, aku urut dapat 10, hg dapat 15, saya kata ok la tu daripada dapat 2 3 rgt. Kah kah kah. Last dia pi jadi buruh binaan balik.

  4. Yongiyong

    Bikin malu org tawau, datin mana kunun tu? Bodoh ndk da otak

  5. Asha

    Kesiannya adik.Mmg ada org yg sombong gila lbh2 lgi klu ada status.Langsung ndak nilai penat lelah org yg terpaksa buat kerja utk cari makan.Saya selalu jgk ambil khidmat runner.Dia caj RM10 – 15 utk satu job.Saya bagi tips RM5 – 10 tgk kpda kemampuan sbb saya pun hanya surirumhtgga.Jgn dilayan lgi org mcm tu.Buang masa jak.Adik letak harga,klu org mau,mau lh..ndak,ndaklh.Pastikan duit dgn barang bertukar tangan pada masa yg sama.Kerja runner bkn angkat barang masuk rumah atau lain2.Sdh pun pi beli brg penat2..jgn biar diri dipergunakan oleh org2 gini.Ndak tau orang atau apa klu perangai gni

Leave a Reply