Portal berita terbaik anda

Viral

Rumah tinggal dengan atok hangus terbakar, remaja perlu sumbangan ramai

Seorang remaja lelaki tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami bersama datuknya di Utan Aji, Kangar hangus terbakar, pada Ahad.

Musibah itu mendapat perhatian gurunya Adam Eismat yang memuat naik sebuah posting di laman Facebook memohon sumbangan orang ramai bagi meringankan beban pelajar Tingkatan Tiga itu.

“Dia tinggal dengan datuk. Mak ayah dah berpisah. Ayah tak tau duduk mana. Mak kerja gerai makan. Pakaian semua hangus. Pinjam baju pemberian spupu dia,” tulisnya.

Menurut Adam, individu yang ingin membantu boleh menghubungi nombor telefon atau nombor akaun yang dinyatakan dalam posting berkenaan.

Posting tersebut dikongsi lebih 4,000 kali dan mengundang rasa kasihan dalam kalangan warganet yang mendoakan agar remaja terbabit dipermudahkan segala urusan.

Menerusi kemaskini, guru tersebut menyerahkan beberapa bantuan daripada rakan-rakan yang sudi menyumbang dalam bentuk keperluan dan makanan untuk pelajarnya.

Loading...

Leave a Reply