Portal berita terbaik anda

Utama

Rumah setinggan terbakar, ibu dan dua anak rentung

SANDAKAN – Tiga mangsa rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan 30 rumah setinggan di Kampung Seng Kee, dekat sini, dalam kejadian jam 6.15 pagi ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin, mangsa merupakan seorang perempuan berumur 20 tahun dan dua kanak-kanak, masing-masing berumur tiga dan satu tahun.

Kesemuanya ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, seorang lagi mangsa lelaki melecur dan dirawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan.

Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya oleh pihak bomba pada jam 7.33 pagi.

Punca sebenar kebakaran dan jumlah mangsa terlibat masih dalam siasatan.

Loading...

Leave a Reply