Portal berita terbaik anda

Utama

Rumah pusaka 77 tahun akhirnya ‘menyembah bumi’

KUALA TERENGGANU – Rumah pusaka berusia 77 tahun yang ‘masih bertahan’ di Kampung Tanjung di sini sejak lebih setahun lalu disebabkan keengganan pemiliknya berganjak daripada arahan kerajaan agar kediaman itu diroboh, akhirnya ‘menyembah bumi’ juga pagi tadi.

Kediaman tradisional Melayu dua tingkat diperbuat daripada kayu itu yang terletak di tengah-tengah tapak projek pembangunan mega berskala besar, dirobohkan dalam satu operasi tidak sampai sejam bermula kira-kira pukul 10 pagi.

Dua buah jentolak digunakan bagi kerja-kerja merobohkan rumah tersebut, dipercayai dikendalikan beberapa anggota penguatkuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuala Terengganu.

Turut difahamkan, sebelum ini pemilik rumah berkenaan telah diberi notis tiga hari supaya segera mengosongkan tapak kediaman itu dan jika gagal, tindakan tegas akan diambil.

Status tanah dan rumah milik peninggalan keluarga Wan Yusof Wan Abdul Kadir sebelum ini menjadi kontroversi dan polemik kerana kengganan mereka tunduk kepada arahan kerajaan supaya kediaman itu dirobohkan.

Anak Wan Yusof, Wan Mokhtar, 66, bersama tujuh beradik lain bertegas mereka tidak akan berganjak kecuali diberi pampasan RM20 juta sebagaimana dituntut, bukannya ditawar pampasan RM20,000 oleh kerajaan yang disifatkannya tidak masuk akal.

Pemasalahan timbul apabila pihak PTG mengesahkan tiada rekod pemilikan tanah berkenaan disimpan sedangkan Wan Mokhtar mendakwa, bapanya, Wan Yusuf Wan Abdul Kadir telah membeli tanah itu daripada ibu saudaranya, Wan Mek Wan Yaacob pada 1977 namun geran tanah itu telah hilang. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply