Portal berita terbaik anda

Utama

Rumah lama Pak Ishak akan diroboh hari ini

Rumah lama keluarga pesakit strok, Ishak Darus atau Pak Ishak, 77, di Lorong Gedebang, Jalan Langgar, Alor Setar akan dirobohkan hari ini selepas mereka bersetuju untuk berpindak ke rumah baharu yang lebih selesa, semalam.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Faisal Mustaffa menerusi Facebooknya, malam tadi.

“Semua sudah berpindah dan esok (hari ini) rumah Pak Ishak akan diroboh. Walaupun di peringkat awal masih ada ahli keluarga yang enggan, dengan bantuan penduduk kampung, agensi serta anggota polis, mereka semuanya akur.

“Alhamdulillah, semoga Pak Ishak sekeluarga dipermudahkan urusan oleh Allah SWT di rumah baharu,” tulisnya.

Faisal turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Ustaz Ebit Lew dan pasukannya kerana berjaya memujuk keluarga Pak Ishak untuk berpindah dari rumah tersebut setelah 12 tahun tertangguh.

“Terima kasih kepada Ustaz Ebit Liew dan juga tim. Terima kasih juga kepada seluruh jawatankuasa Masjid Al-Irfan, Derga dan juga seluruh penduduk kampung. Semoga Allah merahmati kita semua,” ujarnya.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew menziarahi Ishak yang menghidap angin ahmar bersama keluarganya tinggal di rumah usang kerana tidak mampu menyewa di tempat lain.

Mereka didakwa tinggal berhimpit dengan lantai beralaskan tikar getah, dinding kayu reput dimakan anai-anai, malah sebahagian bumbung zink berlubang.

Loading...

1 Comment

  1. ady

    baru boleh roboh sebab itu x de peruntukan untuk menolong keluarga agar mereka cepat pergi dan senang buat kerja di tanah tersebut…tahniah dan jawab soalan bonus di alam barazakh nanti dan moga dapat markah penuh

Leave a Reply