Ruhainies takut buat swab test sampai terangkat kaki

Baru-baru ini, perkongsian video Ruhainies di akaun Instagram miliknya menjadi perhatian netizen dimana memaparkan pelakon itu menjalani ujian saringan atau swab test Covid-19.

Menurut Ruhainies, meskipun tidak mempunyai kontak rapat namun dia tetap melakukan ujian saringan demi keselamatan diri serta komitmen kerja.

Namun, gelagatnya yang takut untuk melakukan swab test menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Ruhainies turut dilihat memegang tangan ibunya untuk menghilangkan rasa takut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

“Here you go my swab test video siang tadi. Bukti yang saya pun berani okay buat swab-test. Sampai shaking tangan dengan kaki tapi takpe, ni pun untuk keselamatan diri sendiri dan orang lain.

“Saya fikit kontak rapat, duduk rumah diam diam tak keluar boleh selamat dah takyah swab test. Takut punya pasal. tapi dah nak start masuk set for work, kena jugak buat,” katanya.

Dalam entri itu, Ruhainies meluahkan rasa syukur dia disahkan negatif virus berkenaan. Difahamkan, Ruhainies bakal memulakan penggambaran drama 40 episod, Cukup Derita bersama pelakon Jasmin Hamid, Didie Alias, Chacha Maembong dan ramai lagi.

Loading...

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *