Portal berita terbaik anda

Utama

Rosmah didakwa minta rasuah RM187.5 juta projek solar Sarawak

Isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor yang membuat penampilan kedua di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi berdepan pertuduhan baru.

Turut didakwa adalah pembantunya, Rizal Mansor yang dilihat sebagai pembela utama Rosmah sebelum pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu.

Pihak pendakwaan menuduh Rosmah meminta suapan RM187.5 juta daripada sebuah syarikat sebagai balasan untuk bantuan beliau mendapatkan kontrak kerajaan RM1.25 bilion.

Berdasarkan kertas pertuduhan terhadap Rosmah dan pembantunya, Rizal Mansor, mereka didakwa cuba meminta suapan berkenaan antara Mac dan April 2016 daripada Saidi Abang Samsudin yang merupakan pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lygon Bistro, iaitu restoran makanan Itali yang terletak bertentangan dengan ibu pejabat utama Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Menurut kertas pertuduhan, RM187.5 juta itu adalah bersamaan dengan 15 peratus daripada nilai keseluruhan projek.

Pihak pendakwaan menuduh Rosmah menerima hanya sebahagian daripada suapan yang diminta.

Berhubung pertuduhan ke atas Rizal pula, pihak pendakwa menuduh beliau menerima RM5 juta bagi pihak Rosmah di lobi Pavilion REIT Management Sdn Bhd, Kuala Lumpur pada 20 Dis 2016.

Menurut kertas pendakwaan ke atas Rosmah, isteri bekas perdana menteri itu dituduh menerima RM1.5 juta daripada Saudi di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 7 Sept 2017 bagi alasan sama.

Secara keseluruhan, pihak pendakwaan menuduh Rosmah menerima RM6.5 juta.

Rizal juga didakwa atas percubaan meminta suapan RM25 juta daripada Saidi atas perkhidmatannya dan akhirnya dikatakan hanya menerima RM500,000.

Sekiranya didapati bersalah, Rosmah dan Rizal boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima jali ganda nilai suapan.

Rosmah dan Rizal masing-masing mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Projek yang dimaksudkan dalam kes berkenaan adalah projek tenaga solar bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak yang dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan melalui rundingan langsung. Jepak memulakan kerja projek itu pada 1 Jan tahun lalu.

Menteri Pendidikan ketika itu ialah Mahdzir Khalid.

Pada 4 Okt, Rosmah dihadapkan 17 pertuduhan berhubung pengubahan wang haram melibatkan RM7 juta.

Loading...

Leave a Reply