Portal berita terbaik anda

Viral

Rindukan Al-Quran, sekumpulan remaja ‘punk’ rela hati belajar mengaji

Sejahat-jahat mana pun manusia, tentu ada perasaan walau sekelumit keinginan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Ini kerana, pintu taubat sentiasa terbuka bagi sesiap sahaja yang benar-benar menginsafi diri.

Begitu juga anak-anak muda yang terjebak dengan gejala punk ini. Walaupun sering berimej kasar dan ganas serta kerap dikaitkan dengan segala masalah sosial, mereka sanggup menegenepikan rasa malu untuk mendalami ilmu agama.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, sekumpulan golongan punk dengan rela belajar mengaji Al-Quran bersama beberapa sukarelawan telah membuka hati netizen bahawa rupa paras tidak mencerminkan isi hati masing-masing.

Sesungguhnya tindakan para sukarelawan yang sudi menyantuni golongan ini wajar diberi pujian.

Tiada siapa pun di dunia ini sempurna. Sebagai hamba, kita disuruh sentiasa berusaha untuk berubah kerana Allah itu sentiasa menerima taubat hamba-Nya.

Loading...

6 Comments

  1. Hanna

    Alhamdulillah.. moga terus istiqomah

  2. ROSLINA SHOED

    Alhamdulillah, memang benar Hidayah itu milik mutlak Allah SWT, siapa kita untuk menghukum. Moga pengakhiran mereka husnul khotimah

  3. Hafzan Hamid

    Sayu sangat hati.. Rasanya mereka lebih mulia,, lebih bersih.. Terharu.. Dpt rasakan diri ni tak semulia mereka,, Allah amat benar tidak memandang rupa, tidak memandang pakaian, dan tidak memandang pada perbuatan,, maka tidak mustahil seorang pelacur, ditempatkan Allah di syurga2 yang mulia.. Kerana pandangan Allah ke atas hati mereka.. Moga seluruh umat islam juga turut terbuka hati utk merindui Kalam Allah..

  4. Nurazizah

    Masya allah merasa tersentuh sekali hati ini melihat mereka mau belajar, salut sm sukarelawannya, semangat terus menyebar kebaikan kawan2..

  5. Edwar

    Ini pengajian yg dikolong stasiun tebet, yg jumat sabtu kalo mulai Jam 02/05

Leave a Reply