Remaja meninggal sehari sebelum graduasi, rakan-rakan sebak nyanyi lagu tribute

Tiada siapa akan menjangka bahawa majlis graduasi yang sepatut diraikan dengan penuh kegembiraan, akhirnya bertukar menjadi satu majlis yang amat memilukan.

Baru-baru ini, sekumpulan pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Medini Nusajaya telah memuat naik sebuah video di Youtube memaparkan ‘tribute‘ khas buat salah seorang rakan mereka yang telah pergi buat selama-lamanya.

Meninggal sehari sebelum majlis graduasi

Difahamkan, arwah yang dikenali sebagai Muhammad Syah Luqman Sharir meninggal dunia sehari sebelum majlis graduasi tersebut.

Arwah maut dilanggar lari ketika dalam perjalanan pulang dari menggunting rambut selepas diamanahkan untuk menjadi imam solat hajat sempena SPM dan PT2 di sekolahnya.

Tak dapat tahan sebak…

Menerusi video tersebut, dapat diperhatikan beberapa rakan arwah menangis teresak-esak semasa menonton kompilasi foto-foto arwah yang dipaparkan pada hari graduasi.

Bagi menghormati pemergian arwah, pihak sekolah telah membatalkan segala persembahan yang sepatutnya diadakan pada hari tersebut dan digantikan dengan persembahan nyanyian lagu ‘Hanya Rindu’ dari Andmesh Kamaleng.

Hilang kawan baik ni sakit sangat…

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah buat keluarga arwah.

Malah, ada beberapa orang yang mengenali arwah menyifatkannya sebagai seorang yang sangat baik dan berbudi pekerti mula.

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *