Portal berita terbaik anda

Viral

Masak nasi di pejabat, remaja ini berjimat untuk beri wang kepada ibu di kampung

Sejauh mana pun kita pergi atau setinggi mana pun kita di puncak kehidupan, kasih seorang ibu tetap tiada galang gantinya.

Justeru, ringankanlah tanganmu sementara si ibu masih ada, kerana tanpa insan yang melahirkan, siapalah kita.

Semalam tular di Facebook kisah sedih seorang lelaki yang sanggup tidak turun makan tengah hari demi menyimpan wang untuk diberi kepada ibunya.

Dimuat naik Azri Walter, lelaki itu merupakan pekerjanya. Semakan di Facebook, Azri adalah ketua pegawai eksekutif Kumpulan Syarikat Walter Empire Holdings.

Kisah terjadi apabila beliau menemui individu itu yang bernama Habil, 19, sedang memasak nasi dalam pejabat.

Selepas Habil yang dipercayai bekerja dalam bidang pemasaran ditanya mengapa beliau tidak makan di kedai seperti orang lain, lebih-lebih lagi hasil jualannya minggu berkenaan sudah mencecah lebih RM1,000.

“Duit saya tuan. Cuma minggu ini nak bagi mak. Mak tak ada pun minta, cuma saya kesian dekat mak,” kata Habil yang kehilangan ayah beberapa tahun lalu.

“Kalau saya bagi duit, mak boleh guna beli baju ke, makan ke, boleh pakai untuk adik-adik sekali.”

“Bukan apa tuan. Saya pun tak tahu sampai bila mak ada. Sementara mak ada ni, saya nak bagi mak gembira. Saya tak apa tiada tanggungan. Lagipun saya dah pandai nak cari duit setiap hari.”

Hiba dengan kata-kata remaja berasal dari Kuala Lipis, Azri memeluk pekerjanya, malah beliau menawarkan diri untuk membelikan untuk mereka makan bersama.

“Saya turun bawah, beli lauk dan kami makan sama sama,” katanya.

Kejadian tersebut, kata Azri, secara tidak langsung mengajarnya supaya tidak kedekut dengan ibu bapa agar hidup lebih diredai.

Loading...

Leave a Reply