Portal berita terbaik anda

Utama

Rebah ketika Op Covid-19, anggota polis meninggal dunia

ALOR SETAR – Seorang anggota polis yang pitam ketika melakukan penugasan Op COVID-19 di Kepala Batas, Sabtu lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata anggota terbabit, Koperal Mohd Masri Maguni, 58, yang bertugas di Balai Polis Kepala Batas meninggal dunia pada jam 5.20 pagi tadi, selepas tiga hari menerima rawatan.

Mohd Rozi berkata, anggotanya itu meninggal dunia bukan akibat dijangkiti COVID-19 tetapi mengalami tekanan darah tinggi.

Dalam kejadian Sabtu lalu, anggota polis terbabit dikatakan rebah secara tiba-tiba ketika menjalankan tugas Op COVID-19 itu.

Allahyarham yang ketika itu mengalami kebas kaki, tangan dan pening kepala dikejarkan ke HSB selepas terjatuh di lokasi kejadian jam 4 petang.

Loading...

Leave a Reply