Portal berita terbaik anda

Viral

‘Allahu, sakit apa sampai leher jadi macam ini…’ – Wanita rayu bantuan sembuhkan penyakit adik

SEORANG wanita merayu jasa baik dan bantuan orang ramai bagi merawat adiknya yang menderita akibat penyakit misteri.

Menurut Puteri Ezreen Natasya, adiknya yang kini berusia 14 mula dikesan dengan penyakit itu sejak dua tahun lalu dan pelbagai cara telah dilakukan namun keadaannya masih sama.

Menurutnya, penyakit itu menyebabkan leher adiknya timbul urat kemerah-merahan dan akan meletup lalu mengeluarkan air bisa yang menyakitkan.

Ikuti perkongsian Puteri Ezreen Natasya mengenai penyakit adiknya di bawah:

Assalammualaikum,

Mohon jasa baik serta bantuan korang yang pernah alami / tahu serba sedikit tentang penyakit ni, serba sedikit kita boleh membantu untuk cari jalan penyelesaian.. Penyakit ni akan merebak di kawasan leher dan akan meletup..

Jumpa doktor ,
Doktor tak boleh beri kata putus.

Jumpa ustaz
Keadaan adik masih sama (dah 2 tahun)

Penyakit ni adik dapat sejak dia berumur 12 tahun (sekarang 14 tahun) dia terpaksa berhenti sekolah serta tahfiz.

Adik akan terganggu bila waktu
Subuh – Asar
Maghrib – Isyak

Sebab adik kuat mengaji dan tidak tinggal solat, bila waktu nak ngaji dia tak tenang….

Mohon bantuan yang lain, tak sanggup nak tengok dia menangis setiap hari 😌

Tolong adik saya 😌
– Sungai Buloh

Loading...

2 Comments

  1. Insan19

    Mcm mana nak contact.. Alamat ke no tel ke

  2. Muhammad ridhwan

    Salam,macam mana saya nak tolong jika tiada caontact atau no alamat..insyaallah ada gangguan yang tidak baik

Leave a Reply