Portal berita terbaik anda

Utama

‘Ramalan doktor tepat…’ – Tunang hidap ketumbuhan ovari pergi buat selama-lamanya

SELEPAS dua minggu menjalani pembedahan akibat ketumbuhan, Nur Jannah Jahari, 19, meninggal dunia, tempoh tepat seperti yang diramal pihak doktor.

Nur Jannah sebelum ini didianogsis mempunyai ketumbuhan di bahagian ovari dan ia telah merebak ke bahagian badannya yang lain.

Susulan pembedahan itu pada 12 September lalu, pasukan doktor di hospital Johor Bahru, Johor, hanya memberikan tempoh dua minggu hingga sebulan jangka hayat untuk Nur Jannah.

Sementara itu, tunangnya, Mohamad Aidil Haikal Nor Azman, 20,  hanya mengetahui tentang penyakit dan ramalan doktor mengenai Nur Jannah selepas mereka bertunang.

Menurut pemuda itu, dia amat terkilan dengan pihak hospital yang merawat tunangnya yang didakwa gagal mengesan penyakit wanita itu lebih awal.

Aidil mengenali tunangnya Nur Jannah sejak kecil.

“Berita yang mengejutkan saya apabila doktor di sana mengesahkan ketumbuhan yang dialami Nur Jannah telah pecah dan merebak di seluruh perutnya.

“Paling menyedihkan doktor memberitahu perkara itu selepas dia menjalani pembedahan.

“Memang buat saya terduduk. Sedih, terkilan semua ada. Memang saya sangat kecewa dengan pihak hospital kerana jika mereka cepat ‘detect’, mesti tunang saya masih boleh dirawat,” jelasnya.

Dalam pada itu, berita kematian Nur Jannah telah dikongsi oleh salah keluarga keluarga terdekat Aidil di laman Twitternya pada Selasa.

“Salam semua, genap 24 September, Nur Jannah Jahari telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Mohon semua doakan arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan. Semoga Allah yang membalasnya,” tulis Nur Aina Nabila Abdul Aziz, 24.

Sebahagian netizen berkongsi simpati.

Tambah Nur Aina Nabila, sepanjang dua minggu selepas pembedahan, arwah menunjukkan perubahan positif dan mampu duduk.

“Dia kelihatan gembira dan boleh berborak dengan ahli keluarganya. Aidil memang sentiasa berada di sisi menjaga Nur Jannah. Namun kesihatannya merosot dua hari lepas dan tidak sedarkan diri. Doktor cuba bagi bantuan oksigen, namun dia gagal diselamatkan.

“Pagi ini arwah selamat dikebumikan di kampungnya di Simpang Renggam,” ujar Nur Aina Nabila.

Aidil dan Nur Jannah baru mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga awal tahun depan.

Sebelum bertunang mereka merupakan kawan baik sejak kecil.

Loading...

Leave a Reply