Portal berita terbaik anda

Utama

Rakyat terbeban jika GST dilaksanakan semula

SUNGAI PETANI – Isu pengenalan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mendapat reaksi daripada pelbagai pihak termasuk Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) yang berpendirian menolak pelaksanaan semula cukai tersebut.

Setiausahanya, Mohamad Yusrizal Yusoff mendakwa, pelaksanaan GST sebelum ini menyebabkan banyak harga barangan keperluan harian meningkat selain menyebabkan peningkatan kos sara hidup pengguna.

Sehubungan itu, pihaknya tidak menyokong sekiranya kerajaan mahu memperkenalkan semula sistem percukaian tersebut kerana menganggap ia membebankan.

“Rata-rata pengguna di seluruh Malaysia tidak bersetuju dengan GST kerana ianya membebankan dan juga sistem percukaian ini mengelirukan pengguna di setiap golongan.

“Golongan yang berpendapatan rendah paling merasa apabila sistem ini diperkenalkan kerana sebelum ini, apabila GST diperkenalkan, banyak barangan keperluan harian meningkat naik harganya sekali gus menyebabkan kos sara hidup tinggi,” katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, kerajaan bersedia mengkaji semula GST sekiranya rakyat percaya bahawa pelaksanaan GST adalah lebih baik berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Loading...

Leave a Reply