Portal berita terbaik anda

Utama

Rakyat perlu ‘berkorban’, tiada ada istilah wang percuma

KUALA LUMPUR – Rakyat diseru untuk bersikap lebih relistik dan bertanggungjawab terhadap negara dengan tidak begitu mengharapkan bantuan terutamanya wang percuma daripada kerajaan Persekutuan yang kini diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) ketika ini.

Media melaporkan, menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sejak PH mengambil alih daripada kerajaan terdahulu Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh mereka sejak 61 tahun lepas, pihaknya berdepan dengan pelbagai ‘komplikasi’.

Jelas Ahli Parlimen Bagan itu, kerajaan kini terpaksa merawat pelbagai penyakit yang telah ditinggalkan oleh BN sebelum ini.

“Kami harap rakyat dapat berkorban sedikit, beban hutang yang ditinggalkan kini menyukarkan kita memberi hadiah seperti wang percuma kepada rakyat jelata. Kita sangat berharap rakyat dapat berkorban seperti mana yang diperlukan.
“Gaji para menteri juga telah dipotong untuk bulan pertama dilantik. Kemampuan kewangan kita sangat terhada ketika ini,” katanya selepas majlis penerangan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di Pulau Pinang hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohmad hari ini mendedahkan Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada November nanti sebagai bajet berhemah dan memerlukan pengorbanan seperti dilakukan beberapa negara yang berdepan krisis kewangan termasuk Greece.

Dalam pada itu, Guan Eng turut memohon kepada para pemaju mengkaji semula harga hartanah selepas Putrajaya mengecualikan perkhidmatan pembinaan daripada SST.

Jelas beliau, rata-rata pemaju ini memuji langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan kini namun pada masa yang sama tidak menurunkan harga lagi.

“Jangan sekadar cakap bagus-bagus sahaja, tetapi harga masih ditakuk lama. Saya tidak setuju. Saya mohon kaji semula oleh pihak anda,” ujarnya dalam taklimat itu.

Guan Eng memberi contoh pengilang kereta turut menurunkan harga mereka termasuk kereta mewah seperti BMW terhadap beberapa modelnya.

Baru-baru ini, Guan Eng membuat pengumuman harga rumah dan pembinaan bangunan baru akan lebih murah selepas pemansuhan GST, dan pengecualian SST.

SST dikuatkuasakan pada 1 September bagi menggantikan GST yang diperkenalkan pada 2015 oleh BN sebelum ini. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply