Portal berita terbaik anda

Utama

Rakyat Malaysia percaya Najib mampu pulihkan ekonomi negara

Penularan pandemik Covid-19 telah menyebabkan ekonomi negara agak merundum. Ini membuatkan rakyat takut dengan keadaan negara.

Sebelum ini ada beberapa pihak menyuarakan pandangan untuk meminta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kembali membantu ekonomi negara.

Dalam laporan terkini Malaysia Gazzette mengatakan bahawa rakyat Malaysia sudah mula untuk menerima dan memberi kepercayaan kepada keupayaan bekas Perdana Menteri tersebut.

Ini selepas rakyat berfikir, penampilan bekas Perdana Menteri pada hari ini cukup lain dengan penampilan sebelum ini. Sebelum ini Najib sering dimomokkan dengan fitnah yang dahsyat daripada pembangkang.

Disebabkan perkara itu, rakyat percaya bahawa Najib tidak baik kerana sering disajikan dengan perkara tersebut.

Namun kini, ceritanya berbeza apabila tiada sebarang tuduhan sehingga terbuktinya Najib bersalah.

Fadli Juanas yang merupakan Pengerusi Persatuan Generasi Anak Malaysia (GAM) berkata, kebenaran sudah mula tampak sedikit demi sedikit dimana Najib dikatakan sentiasa berada di pihak yang benar.

Maka tidak hairan apabila rakyat sudah mula menaruh harapan untuk Datuk Seri Najib Razak turun membantu ekonomi negara selepas pengalaman dan keupayaannya membantu negara terutama dalam bidang ekonomi sebelum ini.

“Sejak beliau mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada tahun 2009, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara telah meningkat daripada -1.5 peratus kepada 7.4 peratus.

“Pada masa sama, defisit negara telah menurun daripada 6.7 peratus kepada hanya 5.4 peratus,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysia Gazette.

Jelas Fadli, pelaburan jangka panjang oleh syarikat milik kerajaan (GLC) juga semakin berkembang positif, berbanding sebelum Najib menerajui negara.

“Sebelum beliau mengambil alih pentadbiran Putrajaya, banyak pelaburan di industri utama negara dimonopoli oleh kroni yang sekian lama bersarang di lubuk emas hasil negara.

Fadli juga mempersoalkan kemampuan pimpinan hari ini dengan mengatakan sejauh mana tahap ketahanan dan keupayaan mereka dalam mengembangkan ekonomi negara.

Sementara itu, tinjauan di media sosial memperlihatkan sokongan netizen yang mahu melihat Najib kembali membantu ekonomi negara

Rata-rata mahu kerajaan PN melantik Najib sebagai penasihat ekonomi negara.

Mereka turut bersetuju untuk mengekalkan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini kerana mereka berpendapat TSMY sangat berkreadibiliti sebagai seorang Perdana Menteri.

Loading...

Leave a Reply