Suami isteri meninggal dunia selang sehari angkara Covid-19

KEBAHAGIAAN hidup dimiliki sepasang suami isteri bersama dua cahaya mata mereka hilang sekelip mata selepas pasangan itu meninggal dunia selang 24 jam akibat jangkitan Covid-19.

Difahamkan, Raja Rozida Raja Aziz, 45, dilaporkan meninggal dunia pada 25 Ogos lalu di Hospital Serdang, manakala suaminya, Shamsudin Hussin, pula menghembuskan nafas terakhir sehari kemudian di hospital yang sama.

Berita sedih itu dikongsikan ramai kenalan-kenalan Allayarham di Facebook miluk Raja Rozida dengan menitipkan ucapan takziah dan kiriman doa agar kedua-dua mereka dicucuri rahmat.

“Ya Allah beratnya ujian Mu, Damailah kalian di negara kekal abadi bersama. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat mereka berdua, semoga anak-anaknya Putera Hazim dan Puteri Naylie didoakan agar kalian terus kuat dan tabah menempuh ujian,” tulis Queen’s Cubbie’s.

Turut berkongsi rasa sedih itu ialah @Azlin Mazlinda yang turut terkejut dengan berita duka itu.

“Dikau pergi dengan pengakhiran yang baik husnul khotimah. Semoga Allah merahmatimu dengan syahid kerana bertarung nyawa berjuang untuk melawan Covid-19. Salam takziah buat Raja Rozana Raja Aziz iaitu ibunya, Rohana Kahar dan anakanda Puteri Naylie tercinta,” tulisnya.

Sementara itu, kedua-dua jenazah telah selamat dikebumkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Jemapoh, Kuala Pilah, semalam.

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *