Portal berita terbaik anda

Utama

Raihanah Cold Storage Sdn Bhd didakwa guna logo halal tanpa perakuan

JOHOR BAHRU – Sebuah syarikat pembekal daging dan dua pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini, atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa diperakui pada lori milik mereka, awal Disember lalu.

Rahman Sheikh Abdullah, 44, dan Raihanah Kassim, 42, yang juga pemilik Raihanah Cold Storage Sdn Bhd, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua kesalahan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Dalam pertuduhan pertama, Rahman dan Raihanah yang juga suami isteri dan pemilik Raihanah Cold Storage Sdn Bhd itu didakwa menggunakan logo halal tanpa perakuan halal pihak berkuasa berwibawa pada sebuah lori jenama Isuzu.

Mereka secara bersama selaku pemilik Raihanah Enterprise juga didakwa menggunakan logo halal tanpa perakuan halal pihak berkuasa berwibawa pada sebuah lori jenama Mitsubishi.

Mereka didakwa melakukan kedua kesalahan itu di premis syarikat di Taman Perniagaan Setia, di sini, kira-kira jam 1 tengah hari, 1 Disember lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah mengenakan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin terhadap Rahman dan Raihanah, bagi pertuduhan kedua.

Ashvini berkata, jaminan yang tinggi wajar dikenakan memandangkan kes logo halal mendapat liputan luas media dan turut dibincangkan di Parlimen.

Noor Liana dan Lau merayu jaminan berkenaan dikurangkan atas alasan syarikat itu masih beroperasi dengan memiliki 20 pekerja selain pasangan suami isteri itu menanggung empat anak berumur antara 10 dan 20 tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan pasangan itu dijamin masing-masing dengan RM40,000 dan seorang penjamin selain menetapkan 19 Januari depan untuk sebutan semula kes berkenaan bagi penyerahan dokumen.

Loading...

Leave a Reply