Portal berita terbaik anda

Viral

Pusat jagaan orang tua serba daif sentuh hati netizen

Kisah ibu bapa yang sering diabaikan anak-anak pasti menjadi perkara yang menyentuh hati siapa sahaja. Jika dikira jasa dan pengorbanan mereka, pasti tidak akan terbalas.

Ternyata pengorbanan setiap ibu bapa perlu dikenang, walaupun mereka tidak mengharapkan sebarang balasan namun tanggungjawab sebagai anak perlu digalas sebaik mungkin.

Akan tetapi, melihat kepada keadaan di sebuah pusat jagaan orang tua di Jawa Timur ini, terbit rasa hiba apabila mengenangkan kesukaran yang dihadapi oleh warga emas ini.

Dalam usia yang semakin menginjak tua ditambah pula dengan masalah kesihatan yang tidak mengizinkan, mereka amat memerlukan jagaan dan kasih sayang anak-anak.

Lebih menyedihkan, mereka terpaksa tidur beralaskan simen dan bersandarkan dinding batu selain tiada bekalan elektrik.

Fasiliti khusus untuk warga emas itu sangat daif dan serba kekurangan berbanding di Malaysia yang sekurang-kurangnya mempunyai cadar dan katil secukupnya.

Posting yang dikongsi di laman Instagram Makassar Info mengundang keprihatinan dan rasa sebak netizen setelah melihat warga emas yang kurang upaya meneruskan sisa-sisa hidup sebegitu rupa.

Loading...

Leave a Reply