Portal berita terbaik anda

Jenayah

Suspek lap darah, periksa nadi Nur Alya Damia

PORT DICKSON – Suspek kes bunuh seorang pelajar Kolej Vokasional Port Dickson di sini kelmarin mengelap darah di hidung mangsa dengan tuala kecil sebelum menolaknya keluar dari kereta di tepi jalan di Taman PD Permata di sini.

Sumber memberitahu, suspek yang merupakan bekas teman lelaki Nur Alya Damia Hairi, 19, juga memeriksa nadi mangsa dan beranggapan dia hanya pengsan selepas pergelutan antara mereka.

“Suspek yang juga pelajar tahun akhir di kolej sama bertengkar dengan mangsa di dalam kereta jenis Proton Wira mengenai hubungan mereka yang terputus sebelum ini.

“Susulan pertengkaran itu, berlaku pergelutan di dalam kereta kerana suspek berang dengan tindakan mangsa mahu menyebarkan gambar dan mesej antara mereka selama ini kepada kekasih suspek.

“Semasa bergelut, mangsa telah dicekik di bahagian leher sehingga mati sebelum mayatnya ditinggalkan di tepi jalan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira puku 10.30 malam itu, Nur Alya Damia yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Diploma Rangkaian Komputer ditemukan mati oleh seorang pekerja kilang di tepi jalan di Taman PD Permata.

Baca: Pelajar kolej ditemui mati dibunuh kejam

Mangsa yang berasal dari Klang, Selangor sebelum itu keluar dari rumah sewa di Taman Selasih di sini untuk menemui suspek kira-kira pukul 9.30 malam.

Polis telah menahan suspek di sebuah rumah di Taman Selasih kira-kira 15 minit selepas penemuan mayat itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply