Portal berita terbaik anda

Utama

Pub, kelab malam, disko, kasino dikecualikan larangan merokok

PUTRAJAYA – Pub, kelab malam, disko dan kasino tidak termasuk di bawah peraturan baharu larangan merokok.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan menyatakan kategori pusat-pusat hiburan berkenaan bukan dilesenkan sebagai tempat makan.

Hal demikian, peraturan baharu larangan merokok yang dikuatkuasakan 1 Januari lalu tidak terpakai di premis-premis hiburan tersebut.

Sebelum ini, KKM pernah memaklumkan bahawa bar atau kelab malam yang menyediakan makanan kepada pelanggan juga menjadi kawasan yang diwartakan sebagai tempat larangan merokok berkuatkuasa 1 Januari lepas.

Sementara itu, sehingga 8 Januari, sebanyak 13,724 notis peringatan telah dikeluarkan kepada perokok di kawasan larangan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, KKM akan terus mendidik rakyat terutama perokok menerusi penguatkuasaan pendidikan sepanjang enam bulan pertama ini.

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply