Portal berita terbaik anda

Utama

PRK Tanjung Piai: PH peruntuk RM3 juta baik pulih jeti nelayan

PONTIAN – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyalurkan peruntukan RM3 juta bagi membaik pulih jeti nelayan di kawasan Parlimen Tanjung Piai di sini, bagi memastikan keselamatan semua nelayan terjamin.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub membuat pengumuman itu pada Program Walkabout di Jeti Pangkalan Nelayan Parit Penghulu Mukim Serkat di sini, semalam.

Salahuddin menyampaikan replika cek peruntukan itu kepada Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jamaluddin Othman.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salim Parlan, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Abdul Hamid Bahari dan Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pontian, Redzuan Ja’amat.

Salahuddin berkata, peruntukan berkenaan diberikan bagi pembinaan semula jeti nelayan dan kemudahan infrastruktur tiga jeti nelayan di Jeram Batu, Pekan Nanas, Sungai Boh, Mukim Air Masin dan Pengkalan Parit Penghulu, Mukim Serkat.

“Projek pembinaan ketiga-tiga jeti itu bermula awal 2020 dengan setiap jeti diperuntukkan RM1 juta.

“Selain itu, kami menyalurkan RM200,000 kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) untuk kerja naik taraf Jeti Nelayan Kampung Melayu, Kukup,” katanya.

Salahuddin berkata, projek berkenaan bagi memastikan kebajikan nelayan terjamin dan tidak terpinggir dari arus pemodenan termasuk insentif laluan seperti Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) dan projek perumahan.

Loading...

Leave a Reply