Portal berita terbaik anda

Utama

Polis buru pemandu lawan arus

KLANG: Polis sedang mengesan pemandu kenderaan memandu secara melawan arus di Persiaran Sultan Ibrahim berdekatan Jambatan Kota di sini seperti tular di media sosial Facebook semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, berkata menerusi video berdurasi 47 saat direkodkan seorang individu, kereta berwarna perak itu dipercayai jenis Nissan Almera atau Toyota Vios dipandu secara melawan arus dan membahayakan pengguna jalan raya.

“Individu berkenaan dipercayai memandu secara melawan arus di Persiaran Sultan Ibrahim berdekatan Jambatan Kota dari simpang Shah Alam menghala ke Klang.

“Pemandu masih dikesan bagi melengkapkan siasatan dan orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Abdul ‘Azim Mazlan di talian 013-4146144.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, video tular itu menunjukkan pemandu berkenaan memandu di jalan tiga lorong dan dipercayai berlaku awal pagi semalam.

Menerusi video berkenaan, pemandu itu memandu laju dan cuba mengelak beberapa kenderaan yang melalui jalan itu.

Loading...

Leave a Reply