Portal berita terbaik anda

Utama

PM ikrar lantik menteri yang bersih, banteras rasuah

Perdana menteri, Muhyiddin Yassin berkata beliau akan menjadikan usaha membanteras rasuah sebagai keutamaan dan melantik anggota kabinet dari kalangan pemimpin yang bersih.

Dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen, Muhyiddin berkata beliau sedar rakyat mahukan sebuah pentadbiran yang berintegiriti dan bebas daripada rasuah.

“Saya juga sedar bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang bersih, kerajaan yang berintegriti, dan bebas rasuah.

“Buat pemulaan ini, saya berjanji akan melantik anggota jemaah menteri daripada kalangan yang bersih, berintegriti, dan berkaliber. Insyallah.

“Kerajaan pimpinan saya juga akan memberikan keutamaan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan integriti dan tadbir urus kerajaan yang baik. Ini termasuk usaha-usaha untuk membanteras amalan rasuah dan salah-guna kuasa dengan meningkatkan penguatkuasaan dan memperkemaskan undang-undang, peraturan, dan juga amalan berkaitan,” katanya.

Ini merupakan ucapan sulung beliau yang ditujukan kepada rakyat Malaysia selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, semalam.

Presiden Bersatu itu kini bersama BN, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

Ini menimbulkan tanda tanya sama ada sama ada usaha memerangi rasuah yang dijalankan oleh kerajaan PH terdahulu akan diteruskan, terutama membabitkan perbicaraan terhadap pemimpin BN.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan dakwaan bahawa semua pertuduhan rasuah terhadapnya akan digugurkan, sebagai pertukaran sokongan terhadap perdana menteri baru.

Loading...

Leave a Reply