PM beri amaran keras pada pihak ganggu usaha kerajaan

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberi amaran keras kepada pihak yang cuba menganggu-gugat usaha kerajaan dalam membendung penularan Covid-19.

“Saya berikan amaran keras sesiapa yang cuba menganggu-gugat usaha kerajaan untuk menguruskan Covid-19 dan ekonomi negara akan diambil tindakan tegas demi keselamatan rakyat dan negara,” katanya dalam pengumuman khas pengisytiharan darurat hari ini.

Bukan rampasan kuasa, tiada perintah berkurung

Pada masa yang sama, Muhyiddin berkata pengisytiharan darurat di negara ini tidak akan membabitkan sebarang bentuk rampasan kuasa tentera atau pelaksanaan perintah berkurung.

Beliau memberi jaminan urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan terus berfungsi seperti biasa.

“Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, majlis kerajaan negeri akan terus berfungsi ikut Perlembagaan Persekutuan.

“Malah saya beri jaminan jentera perkhidmatan serta pentadbiran awam, kerajaan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan darurat ini,” katanya.

Loading...

Leave a Reply