Portal berita terbaik anda

Utama

PKP dilaksanakan semula di enam negeri – PM Muhyiddin

PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah bermula 13 Jan hingga 26 Jan 2021.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi siaran langsung perutusan khas PKP, di sini sebentar tadi.

Selain itu, PKP Bersyarat (PKPB) pula dilaksanakan di enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan bagi tempoh yang sama.

Manakala PKP Pemulihan (PKPP) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak.

Muhyiddin berkata, KKM tidak lagi mampu tampung peningkatan sehingga 2,000 kes setiap hari.

“Pertambahan kes harian yang tinggi menyebabkan kelewatan petugas keselamatan untuk ambil pesakit di rumah

“Peningkatan pesakit secara mendadak melumpuhkan kapasiti sistem kesihatan sekelip mata,” katanya.

Loading...

Leave a Reply