Pilu, suami meninggal dunia 2 bulan sebelum timang cahaya mata

KETERUJAAN seorang wanita menanti kelahiran cahaya mata bagaikan diragut apabila suaminya meninggal dunia akibat serangan asma.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Ieqa Muhammad bagaikan tidak percaya suami yang baru dikahwini semalam 9 bulan telah pergi buat selama-lamanya tanpa sempat menatap wajah anak sulung mereka yang bakal lahir.

Walaupun sempat bergelar suami isteri hanya seketika, Iqa berkata, suaminya telah menjaganya dengan baik dan penuh kasih sayang.

“Terima kasih untuk 9 bulan perkahawinan kita. Awak baik sangat, kalau saya down ke apa, awak banyak beri saya kata-kata semangat.

“Sayang, saya akan jaga baik-baik amanah yang awak tinggalkan walaupun awak tak sempat tengok anak kita.

“Lagi dua bulan je saya nak bersalin. Sayang dan adik doakan awak tenang di sana. I love you. Rindu tak terkata. Berehatlah di sana,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Ieqa berkata, dia akan pulang ke kampung halamannya di Kelantan untuk melahirkan anak. Dia berjanji akan datang semula menziarahi pusara suaminya selepas habis berpantang nanti.

“Sayang drive abang. Sebelum ini kalau balik Kelantan, awak langsung taknak bagi saya drive. Selalu cakap “ayah ada kan, ayah drive lah. Sibuk je dia nak drive. Haa nanti masuk Kelantan baru drive”. Sayang rindu..

“Insha Allah, lepas sayang habis pantang, sayang datang sana bawak baby jumpa awak okay,” ujarnya.

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *