Portal berita terbaik anda

Sukan

Piala Malaysia 2018: Terengganu cuti peristiwa 28 Oktober – MB

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu mengisytiharkan hari Ahad 28 Oktober sebagai cuti peristiwa sempena perlawanan akhir Piala Malaysia pada 27 Oktober ini, samada Terengganu Football Club 1 (TFC I) menang mahupun kalah.

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan berita gembira tersebut dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini.

“Menyedari bahawa perlawanan kali ini (adalah) perlawanan yang penting, kita melihat prestasi pembangunan sukan bola sepak di Negeri Terengganu dan sukan yang lain termasuk Sukan Malaysia (SUKMA) berada pada tahap yang amat membanggakan.

“Sebagaimana yang kita tahu, Terengganu telah berjaya memenangi SUKMA 2018 dan dalam perlawanan bola sepak di peringkat lain.

“Ia juga menunjukkan peningkatan yang amat ketara dan pada kali ini, kemuncaknya adalah perlawanan Piala Malaysia di mana Terengganu bakal berdepan dengan pasukan Perak,” jelasnya.

Oleh itu, beliau berharap berita ini akan menjadi suatu motivasi kepada para penonton dan penyokong daripada Negeri Terengganu yang akan ke Shah Alam untuk memberikan sokongan kepada para pemain.

Loading...

Leave a Reply