Portal berita terbaik anda

Politik

PH tidak puas hati keputusan Agong, dakwa dapat sokongan 112 Ahli Parlimen

Pakatan Harapan (PH) tidak berpuas hati dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong yang melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, sebagai Perdana Menteri kelapan.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Seri Salahuddin Ayub mendakwa PH mempunyai sekitar 112 undi sokongan dalam kalangan Ahli Parlimen dan sedang mengumpul bukti bagi menyokong perkara itu.

“Kita akan mengumpulkan bukti-bukti yang masih ada, dengan masih yakin dan percaya bahawa kita mampu untuk menunjukkan bukti dalam tempoh terdekat bahawa kita ada perangkaan yang mencukupi.

“Jadi PH akan bermesyuarat sebentar lagi dan kita rasa itulah yang akan cuba kita lakukan, dan kalau diizinkan kita akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk tunjukkan bukti lebih kukuh.

“Biar kita bermesyuarat dulu dan Tun (Dr Mahathir Mohamad) akan mengadakan sidang media nanti,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Selain Salahuddin, beberapa pemimpin lain dalam kalangan PH dilihat tiba di perkarangan Yayasan Al-Bukhary, sejak jam 5 petang tadi.

Antara yang terawal tiba adalah Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Naib Presidennya, Datuk Seri Mujahid Yusof.

Difahamkan, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri interim berada di yayasan selepas selesai menghadiri majlis persandingan cucunya, di sebuah hotel, dekat ibu negara, tengah hari tadi.

Loading...

Leave a Reply