Portal berita terbaik anda

Politik

PH tidak gentar dengan fenomena ‘Bossku’ – Mukhriz

SEMENYIH – Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan fenomena ‘Bossku’ bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memberi kesan terhadap PH pada PRK DUN Semenyih.

Mukhriz berkata, maklumat yang pihaknya terima adalah orang ramai yang mengikut Najib itu dipercayai bukan pengundi di DUN Semenyih.

“Apabila kita bertanya dengan pengundi di sini, mereka tidak mahu dengar nama ‘Bossku’, ianya seolah penghinaan kepada rakyat kerana beliau cuba meraih sokongan walaupun semua sedia maklum dirinya terpalit dengan pelbagai masalah.

“Itu bukan satu faktor yang harus dibangkitkan pada PRK DUN Semenyih, tetapi terpulang pada BN kalau mereka merasakan Najib memberi kekuatan kepada BN.. teruskan,” katanya pada sidang media selepas hadir ke program ramah mesra dengan masyarakat India di Ladang Rinching, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sokongan rakyat terhadap PH semakin meningkat khususnya pada PRK Dun Semenyih.

“Walaubagaimanapun, jentera PH harus berusaha lebih gigih lagi serta tidak boleh mengambil mudah ketika kempen PRK DUN Semenyih kerana tumpuan kesemua parti yang bertanding pada PRK ini juga sangat tinggi,” katanya.

Menurutnya, PH berazam mahu mempertahankan kerusi DUN Semenyih.

“Kita juga melihat pihak pembangkang juga ada satu semangat baharu selepas kemenangan PRK Parlimen Cameron Highlands lalu. Kita juga perlu berusaha begitu gigih meraih sokongan rakyat pada PRK ini,” katanya.

Loading...

Leave a Reply