Portal berita terbaik anda

Politik

PH silap strategi serang Pas – Zaid

KUALA LUMPUR – Datuk Zaid Ibrahim mendakwa, beliau pernah mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan (PH) agar tidak terlalu menumpukan serangan kepada Pas ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Ahli DAP itu memberitahu, antara punca utama kekalahan calon PH, Muhammad Aiman Zainali mempertahankan kerusi Semenyih disebabkan serangan bertubi-tubi terhadap pemimpin Pas.

“Saya telah berikan pandangan itu, tetapi tidak banyak didengari dan dipertimbangkan.

“Kita dengar dalam tempoh satu minggu dengan hari mengundi, pemimpin PH lantang menyerang pemimpin Pas, seolah Pas yang bertanding di DUN Semenyih,” katanya dalam ciapan di Twitternya.

Pada pertandingan empat penjuru itu, calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi menang dengan majoriti 1,914 undi.

Beliau mendapat 19,780 undi mengalahkan calon PH, Muhammad Aiman Zainali yang mendapat 17,866 undi, manakala calon Parti Sosialis Malaysia, Nik Aziz Afiq Abdul mendapat 847 undi dan calon bebas, Kuan Chee Heng mendapat 725 undi.

Jelas Zaid, menyerang pemimpin Pas dalam mana-mana pilihan raya tidak perlu, malah akan merugikan PH.

“Serangan terhadap Pas adalah sebab utama kekalahan ini. Ia tidak perlu dan PH telah melakukan kesilapan strategi,” tegasnya. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply