Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

PH cadang penerima BSH diberi RM1,000 sebulan pada Mac, April

Dalam suasana meruncing dan begitu mencabar di saat ini, sebagai langkah pertama membantu rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) mencadangkan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) diberikan peruntukan kecemasan RM1,000 untuk bulan Mac dan RM1,000 untuk bulan April nanti.

Menurutnya, cara ini adalah pendekatan yang paling cepat untuk membantu mereka yang paling terkesan akibat PKP yang dilaksanakan bagi menbendung penularan wabak COVID-19.

“Kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan sebanyak RM8.2 bilion,” ujar kenyataan bersama Pengarah Komunikasi PAN Khalid Samad, Setiausaha Agong PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Setiausaha Organisasi DAP Loke Siew Fook.

Hari ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan simpanan dari akaun 2 sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan.

Bagi PH, mereka yang dibenarkan mengeluar simpanan KWSP diambil dari simpanan sendiri harus menyedari bahawa sebenarnya ini bukan bantuan tetapi adalah simpanan hari tua hasil tabungan sendiri.

“Bagi kebanyakkan rakyat, seperti ‘peniaga-peniaga kecil terpaksa tutup kedai, pemandu teksi dan grab kehilangan pelanggan, pekerja bergaji harian tidak menerima gaji, sebenarnya tiada apa bantuan yang jelas telah diperuntukan kepada mereka dalam pengumuman ini,” ujarnya.

Justeru, PH menerima baik kenyataan Muhyiddin untuk menangani cabaran terkini tanpa mengira fahaman politik seperti peruntukan untuk kerajaan-kerajaan negeri tanpa mengira parti adalah dialu-alukan.

Misalnya, kerajaan negeri Selangor telah memperuntukan RM30,000 dan kerajaan negeri Johor RM20,000 kepada Adun negeri masing-masing tanpa mengira parti untuk tujuan mitigasi COVID-19.

“Kami mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan memperuntukan peruntukan kawasan parlimen tanpa mengira parti supaya rakyat dapat beroleh manfaat daripada Ahli Dewan Rakyat yang mereka pilih secara demokratik,” katanya.

Loading...

19 Comments

  1. fiq

    macam mana pulak dengan orang tak lulus bsh berbagai syarat diletakkan so yang beruntung yang dapat daftar bsh jelah kan.

    • Zed

      Lid.. pakatan hancing cakap aje nak bantu tu bantu ni… abok pun tarak… dah tak duduk dalam kerajaan buatlah 1001 janji… untung untung rakyat termakan tipu muslihat…ingat pelandok boleh lupa jerat.. tapi jerat tak kan lupa pelandok…

  2. fahmi

    cadangan glemer dr tuan khalid sigaraga.peruntukan musim tengkujuh pun dulu korang hapuskan,bsh @ brim pun korang kurangkan.. bernas ke??

  3. Amsyaveny rajamohan

    Saya seorang ibu kepada anak 10 Bulan. ..kehilangan kerja ..kerana anak saya sakit ..Dan bertumpang di rumah saudara kerana tiada tempat tinggal. Suami saya kerja sekuriti gaji 1300rm..tiada cuti tiada waktu makan.
    Sewa rumah cecah rm 550….
    Perbelanjaan asas anak je dah 500rm belum tambah bayar duit letrik…air…motor…duit hospital….

    Semenjak wabak ini saya Nak beli susu makanan anak roti di kedai hampIran tiada stok harga barang Ada yang ringgit
    Tolong kami….ramai lagi yang kesempitan seperti kami kerana keadaan tertentu terkandas….Cuba fikir kan orang yang be kerja sendiri atau ibu tunggal. …tiada pekerjaan……bagaimana kami perlu melalui untuk makan Satu waktu. Lebih lebih lagi anak saya….saya Tidak dapat tahan melihat kelaparan anak saya apatahlagi yang lebih susah daripada saya.

    • Terbul

      Cakap2 sial smua ni..klau nk tolong ngko tolong la btul2..x yh nk ceta psl politik plak..ngko x da otak ke?..mna sifat kemanusian ngko…jgn jdi tolol.ni bkn msa nk menanguk di air yg keroh…ngko sndri pn bleh jdi mngsa penyakit ni…klau x bleh tolong.jgn memekak dgn politik babi ngko tu..jgn tambahkn ‘beban’ rakyat.

  4. Amsya

    Sandaran sahaja
    Apa kata Kalau Karajaan beri
    10kg beras
    1 papan Telur
    2pkt tepung gandum
    1pkt Gula
    1pkt garam
    1pkt kopi
    1pkt teh
    500grm bawang Merah
    500grm bawang putih
    5kg mee hook

    Bukan apa ini barang asas dapur… Kalau ini boleh diberi setiap minggu sehingga kawaLan pergerakkan habis mung kin dapat kurang kan Beban Dan risiko wabak covid ini. Kerana tiada alasan untuk kerap keluar rumah Dan setiap isi rumah Ada makanan atas meja..
    Mung kin boleh dilakukan dengar bantuan askar every 1km 2 askar mengawal pergerakkan di kawaLan rukun tetangga
    Lagi pun kita Ada ajk di setiap dun yang boleh agihkan…..Sama Macam bantuan yang diberi semasa mengundi..Semana. bencAna ..boleh katakan Macam Catuan makanan tetapi setiap keluarga menerima Sekali je setiap minggu

    Daripada duit masih kita perlu keluar Dan Ada keluarga yang kurang mampu atau Tidak mampu membeli

    Saranan sahaja…..gembira Kalau dapat dilaksanakan….

    Terimakasih
    Rakyat prihatin malaysia melaka

  5. Zealous

    Tak payah ngada2 nk cadang apa lah bengap..Dok rumah DIAM-DIAM..Kerajaan tahu nak buat apa..Bengap …!!!

  6. nurul jasmine

    Mcm mane yg bujang 300. tu pun belum dpt lg …

  7. Wawa

    Rm1k tu bnyak mana je??sekali pakai je da abes..susu pamper bil api air..biar kan rakyat buat pilihan sendiri..samada nak keluar atau tak..

  8. Bagus… Masuk ye akaun yang ic 01 ye.. berapa orang yang miskin Tak Ada apa makanan… Saya kerja singpore sekarang duduk Kat rumah dah Tak boleh masuk singpore…. Dah banyak Hal duit sangkut.. orang kerja singpore pun Mana Ada kwsp.. fikir la sikit…. Saya yang jaga family I…

  9. Latha

    Bujang punya duit brim pun Tak boleh macam Mana Kita semua boleh makan.. yang orang Kaya Tak pe… Yang miskin… Semua Kasi perihatin fikir dulu la…. Oh no bagus bagi 1000 ic 01 ye…. Bujang semua ni sekian

  10. teeviamalar

    saya janda kena jaga dua anak I kerja komisan gaji hari hari sekarang I tiada apa apa pendapatan bagaimana menjalankan keluarga

  11. Mustakim b sayuti

    Cdngan yg x masuk akal dr ahli politik yg nk cari publisiti spt janji mani festo cadngan dr pakcik2 kat kmpng lbh releven….alhamdulillah setakat ini yg sy lht dkmpng2 masjid & ngo mahupn pjbt dun ade memberi smbngn mknan harian & kerajaan blhlh memberi sdkt wang tunai pula utk rakyat membayar bil2 …in shaa Allah berkat usaha & doa dr rakyat & kerajaan wabak virus ini akn segera berakhir …jom sama2 maembantu…

    • Terbul

      Oi .lid!.ngko bleh diam x?..banggang ke ape ngko ni?..ke mmg tolol..ni bkn msa nk blagak hero…klau ngko x bleh tolong lbih baik ngko diam la babi..prangai mcm babi..menyondol je.x kira tmpt..skrg mental rakyat sedang celaru.ngko jgn tambah lg seksa rakyat…ngko ni lid mmg jnis mentaliti pembangkang yg bodoh..!

  12. Terbul

    Oi .lid!.ngko bleh diam x?..banggang ke ape ngko ni?..ke mmg tolol..ni bkn msa nk blagak hero…klau ngko x bleh tolong lbih baik ngko diam la babi..prangai mcm babi..menyondol je.x kira tmpt..skrg mental rakyat sedang celaru.ngko jgn tambah lg seksa rakyat…ngko ni lid mmg jnis mentaliti pembangkang yg bodoh..!

  13. Terence Jay

    Is time that the goverment should give BSH 1k on march n 1k on april. Cos most of the Bsh people there are from low income group or elderly group or they are part time worker who work to pay by day. Should be giving them this emergency fast to help for their family. And now since the goverment deceided to lockdown. Is the right time to do the right thing. For those rich and got job people they dont need to worried at all still have saving in bank and they have food enought to stockup or call for delivery. What about those poor low group who are there to turn to for food for their family. Did the goverment really see that ask them or check weather they have enought food for this lockdown and Extant til 14/4/2020. Do it fast or dont just concern. T.J

  14. selamat sejathra saya ibu tunggal kepada dua anak sekarang saya tiada kerja tumbang orang rumah tapi kena bayar sewa bagaimana nak jalankan kehidup Harlan lagipun I tiada kwsp masa covid 19 boleh menolong kepada ibu tunggal

Leave a Reply

Theme by Anders Norén