Portal berita terbaik anda

Utama

Lebih 98,000 tandatangan petisyen desak UM tarik balik ijazah graduan biadap

Lebih 98,000 rakyat dari seluruh negara telah menandatangani petisyen, menuntut Universiti Malaya (UM) menarik balik ijazah sarjana muda milik graduan biadap, Wong Yan Ke.

Setakat jam 3 petang ini, petisyen bertajuk ‘Tuntut Universiti Malaya Menarik Balik Sijil Ijazah Sarjana Muda Milik Wong Yan Ke’ itu sudah mengumpul 98,170 tandatangan.

Petisyen itu digerakkan oleh Penggerak Mahasiswa UM (PMUM) susulan tindakan biadab graduan Wong Yan Ke mengangkat plakad tertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ di hadapan tetamu dan pentadbir tertinggi Universiti Malaya (UM) kelmarin.

Mereka menyifatkan tindakan itu sebagai biadab, memalukan diri sendiri selain merosakkan nama universiti.

Ekoran itu, satu petisyen khas dilancarkan dengan menyatakan dua perkara utama iaitu menuntut UM menarik balik ijazah sarjana muda dan menuntut permohonan maaf secara terbuka oleh Wong Yan Ke kepada Naib Canselor UM, Datuk Ir Abdul Rahim Hashim.

Tuntutan itu dilakukan kerana Istiadat Konvokesyen UM itu adalah kenangan terindah buat graduan bukan sebaliknya dicemari aksi tidak beradab oleh Yan Le hingga memalukan universiti.

Yan Ke juga antara individu yang menimbulkan kekecohan semasa kedatangan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di restoran Amjal.

Petisyen itu antara lain mempersoalkan tindakan Yan Le menjerit di atas pentas adakah di sama erti dengan dasar kebebasan bersuara.

Dikatakan Yan Le juga adalah individu yang menimbulkan kekecohan semasa kehadiran mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di restoran Amjal.

Namun tindakannya diangkat sebagai wira oleh beberapa pihak atas dasar kebebasan bersuara.

Dalam pada itu, PMUM menegaskan memberi sokongan dan mempertahankan tindakan Naib Canselor dalam Kongres Maruah Melayu.

Loading...

Leave a Reply