Portal berita terbaik anda

Utama

PERTIMA raih anugerah World Halal Bestbrands Awards

KUALA TERENGGANU – Pertima Terengganu Sdn Bhd (PERTIMA) berjaya merangkul salah satu anugerah berprestij The Brandlaureate World Halal BestBrands Award Consumer bagi kategori sardin dalam tin, pada 29 September lalu.

Pengurus Besar PERTIMA, Syed Mohd Asdi Tuan Ngah berkata, anugerah yang diterima Jenama Terbaik Produk Halal (World Halal BestBrand) adalah satu pengiktirafan kepada para pengguna hasil rujukan daripada pasaran, media sosial dan kerajaan.

Katanya, beliau menghargai dan menghormati sokongan orang ramai yang berterusan, menjadi pelanggan dan memberi sokongan kepada produk keluaran 100 peratus bumiputera, dibawah kerajaaan negeri ini.

“The Brandlaureate adalah satu yayasan untuk penjenamaan dan satu badan yang mengiktiraf jenama di seluruh dunia dalam bidang tertentu. Kalau ikutkan memang bergantung kepada produk masing-masing dan mengikut kategori.

“Untuk PERTIMA, kita dapat anugerah ini dibawah ‘canned food’. Macam mana mereka dapat adalah daripada rujukan daripada pasaran, pengguna ataupun media sosial ataupun kerajaan. Banyak sumber-sumber dia dapat dan dipilih baru kita layak untuk dapat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada hari ini, mengulas kejayaan mendapat anugerah tersebut.

“Brandlourate melihat lebih kepada penjenamaan dalam pasaran, bagaimana kita letakkan PERTIMA dalam pasaran Malaysia dan secara keseluruhan, dia akan tengok dari segi keberadaan produk kita dalam pasaran, bergantung kepada kita punya promosi, produk kita dikenali oleh pengguna… jadi itu yang penting bagi kategori,” ujar beliau.

Justeru itu, Syed Nohd Asdi mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan para pelanggan yang tetap menyokong produk bumiputera keluaran Terengganu.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada brandlourate atas anugerah dan juga kepada kakitangan PERTIMA dengan dedikasi dan komitmen mereka dengan barang yang berkualiti serta penjenamaan diluar pasaran dengan pasukan kita yang agak baik. Jadi di atas faktor itu kami rasa kami layak untuk menerima anugerah ini,” tambah beliau.

Sumber: Teganukita

Loading...

Leave a Reply