Portal berita terbaik anda

Utama

Perokok tegar tak hirau larangan

IPOH: Masih ramai perokok tidak menghiraukan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan yang bermula tengah malam tadi.

Tinjauan di restoran 24 jam di sekitar bandar raya ini termasuk Fairpark mendapati ramai perokok tanpa rasa bersalah terus menghisap rokok di meja makan.

Lebih mengecewakan ada antara mereka yang merokok di depan notis larangan merokok yang dipamerkan pemilik premis.

Mereka memilih meja di sudut paling tepi kedai untuk memudahkan mereka menghisap rokok biarpun ia masih memberi kesan kepada pelanggan yang duduk di meja berhampiran.

Larangan merokok di premis makanan berkuat kuasa mulai tengah malam tadi.

Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dengan mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan itu boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Loading...

Leave a Reply