Portal berita terbaik anda

Utama

‘Perokok juga manusia, bukan sampah sarap’ – Pengusaha restoran bantah larangan merokok

Tiga persatuan mewakili lebih 20,000 pengusaha restoran menyuarakan bantahan terhadap larangan merokok di semua restoran dan premis makanan.

Mereka menganggap larangan itu melucutkan hak mereka selaku pemilik perniagaan untuk membuat keputusan.

Rasa tidak puas hati pengusaha restoran itu disuarakan wakil tiga persatuan membabitkan Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (Mscspga), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Prisma).

Presiden Mscspga Ho Su Mong berkata Kementerian Kesihatan sepatutnya mendapatkan pandangan mereka sebelum membuat keputusan berkenaan.

“Kedai makan kami bukan milik majlis perbandaran mahupun kerajaan.

“Kami membina perniagaan dengan penat lelah. Oleh itu bukankah pandangan kami lebih penting daripada pihak-pihak tidak berkenaan.

“Perokok juga manusia, bukan sampah sarap,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Loading...

Leave a Reply