Perodua Kancil pula lawan arus di Kuala Langat

KUALA LANGAT – Sebuah kereta jenis Perodua Kancil dipandu melawan arus berhadapan Sekolah Kebangsaan Sri Langat tular di laman sosial Facebook sebentar tadi.

Dalam video berdurasi selama 29 saat itu yang dirakam pengguna jalan raya mendapati aksi kereta itu berakhir apabila berdepan dengan beberapa kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat.

Berdasarkan rakaman itu juga, individu yang merakam insiden tersebut turut menyebut nombor pendaftaran kereta tersebut.

β€œIni kalilah. Terus jalan, terus jalan . Hoi, mabuk ke. Ha, berlangar-berlanggar,” kata perakam itu.-K!ONLINE

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *