Portal berita terbaik anda

Utama

Pernah tular cara mengajar, guru Matematik parah akibat kemalangan

SEORANG guru Matematik yang sebelum ini tular kerana teknik mengajar yang menarik, cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan, pada Jumaat.

Dalam kejadian itu, Mohd Fathi Hussein Saharudin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fathi parah selepas motosikal yang dinaikinya terbabas di tepi jalan.

Akibatnya, Cikgu Fathi terhumban ke dalam longkang dan mengalami patah paha.


Susulan daripada kejadian, Cikgu Fathi terpaksa menjalani satu pembedahan dan keadaan beliau kini semakin baik.

Berita mengenai kejadian itu telah dimaklumkan menerusi Instagram Cikgu Fathi selain turut meminta supaya netizen mendoakan dirinya agar kembali sihat dan dapat mengajar semula seperti sedia kala.

Loading...

Leave a Reply