Portal berita terbaik anda

Utama

Perlekeh anggota bomba, Chuah Chun Howe tampil mohon maaf

Lelaki yang memperlekeh anggota bomba yang terlibat dalam operasi menyelamat sebuah kenderaan SUV yang terjunam ke laut di Jambatan Pulau Pinang semalam tampil memohon maaf hari ini.

Chuah Chun Howe yang hadir di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Pulau Pinang pada 9.30 pagi tadi telah memohon maaf daripada Ketua Balai, Ismail Mohd Zain di atas keterlanjuran katanya sebelum ini.

Chun Howe kesal dengan tindakannya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi selepas ini.

“Tuan Ismail juga telah menjelaskan banyak perkara mengenai kes ini (kenderaan terjunam ke laut) dan juga kes-kes lain, serta apa yang perlu dilalui oleh anggota bomba. Saya harap semua orang tidak akan buat komen negatif terhadap ahli beruniform jika tidak tahu apa yang dilalui oleh mereka,” katanya.

Sementara itu, Chun Howe memberitahu, akaun Facebook miliknya kini telah ditutup oleh pihak Facebook berikutan mendapat laporan dari netizen dan dia juga sudah berhenti dari syarikan Exabytes sejak lima tahun lepas.

Loading...

Leave a Reply