Portal berita terbaik anda

Politik

Perjuangan Islam bawa kemunduran?

Menteri Agama, Datuk Dr Mujahid Yusof mengatakan bahawa orang Melayu akan mundur jika asyik memperjuangkan agama dan bangsa sahaja.

Habis tu nak perjuangkan agenda apa baru maju? Agenda DAP dan liberal? Ataupun agenda kaum songsang dan agenda hak untuk seks bebas barulah nampak maju?

Hinakah orang Melayu jika berjuang untuk kemenangan agama Islam?

Apa yang pelik, kebanyakan isu yang diperjuangkan orang Melayu Islam bukanlah ciptaan umat Islam.

Isu ICERD, kristianisasi, kuil haram, pembunuhan Muhammad Adib – ini semua hasil ‘kerja tangan’ puak kafir. Orang Melayu Islam hanya ‘mempertahankan diri’.

Bahkan media-media liberal menyerang Islam dan Melayu siang dan malam. Kenapa orang Islam pula yang dipersalahkan?

Ketika puak kafir menindas dan menghina orang Islam, tiada kedengan suara Mujahid. Hanya bila orang Islam bangkit melawan, barulah beliau bersuara. Itupun untuk menjatuhkan kembali orang Islam.

Adakah tugas Menteri Agama ini sekadar untuk melemahkan orang Islam? Malah, tanpa berselindung Mujahid berkata orang Islam perlu menerima DAP sebagai pemimpin jika puak kafir ini menang pilihanraya.

Jahanam Islam di tangan Menteri Agama Malaysia Baru ni.

** Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis Negara Insider dan tidak semestinya mencerminkan pendirian CempedakCheese.

Loading...

Leave a Reply