Portal berita terbaik anda

Utama

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bakal dilaksanakan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial di buka semula.

Katanya, dalam masa yang sama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terus dilaksanakan di kawasan zon merah.

“Dalam melaksanakan PKPB aktiviti dan perhimpunan ramai yang mendedahkan risiko jangkitan COVID-19 masih tidak dibenarkan,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

Negara rugi RM2.4 bilion sehari sepanjang PKP

Negara mengalami kerugian RM2.4 bilion setiap hari sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata jumlah kerugian yang dialami kerajaan sejak 18 Mac lalu adalah sebanyak RM63 bilion.

“Jika PKP diteruskan untuk tempoh sebulan lagi jumlah kerugian yang akan dialami adalah sebanyak RM35 bilion.

“Ini menjadikan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM98 bilion… hampir RM100 bilion,” katanya.

Loading...

Leave a Reply