Portal berita terbaik anda

Viral

‘Perginya seperti seorang syahid’ – Kematian lelaki dermawan ini ketika umrah dicemburui

Kematian adalah satu ketentuan Allah SWT dan setiap manusia pasti akan mengalaminya. Apabila seseorang sudah tiba ajalnya, maka tidak dapat lagi diundurkan atau dipercepatkan walaupun sesaat.

Namun, sebagai orang yang beriman, kita pasti menginginkan pengakhiran hidup yang baik atau husnul khatimah.

Menerusi Facebook pendakwah yang juga pakar motivasi terkenal Zamri Zainuldin atau Ustaz Zamri, beliau berkongsi kisah seorang sahabatnya yang meninggal dunia dalam husnul khatimah iaitu ketika sedang melakukan ibadah umrah.

Menurut Ustaz Zamri, sabahabatnya Hamidi Muhram menghembuskan nafas terakhir pada17 Disember lalu dan sempat bersamanya di Jordan dalam programUmrah 3 Masjid.

“Saya mendapat keizinan dari keluarganya untuk memaparkan beberapa gambar Allahyarham sebagai satu ibrah yang hebat yang boleh dikongsikan kebaikannya di dunia ini.

“Saya sempat bersama Allahyarham ketika di hospital dan di saat beliau nazak seterusnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allahuakbar,” ujarnya.

Berdasarkan pemerhatiannya, Ustaz Zamri berkata, Hamidi dijemput Ilahi seakan-akan seperti seorang syuhada’ manakala wajah kelihatan gembira dan tersenyum.

“Lihat sahaja pada jarinya telunjuknya yang tegak yang hanya boleh dilihat pada mereka yang syahid sahaja. Dan wajahnya seakan-akan gembira dan senyum kepada jemputan ini. Allah, saya sangat mencemburui kematian ini,” ujarnya.

Menurut Ustaz Zamri, ketika hayatnya Hamidi adalah seorang yang sangat dermawan. Malah, arwah turut terbabit dalam pembinaan surau baharu di kawasan tempat tinggalnya.

“Amalannya di dunia begitu hebat tanpa perlu dikecoh-kecoh. Hanya Allah dan makhluk di langit sahaja mengetahuinya. Beliau antara mereka yang berusaha menyiapkan surau yang baru dibina di Taman Kanching Tun Teja. Beliau juga menguruskan peninggalan harta keluarga tanpa mengambil bahagian dari hasilnya dan diserahkan kepada adik-beradik lain yang memerlukan. Sangat dermawan orangnya. Sempat mengeluarkan sikit kewangan untuk bantuan Syria kepada Mursyid Mantop Travel yang bertugas.

“Rupanya inilah antara amalan-amalan di dunianya yang dilakukan dalam banyak yang tidak diketahui oleh kita. Allah anugerahkan dengan kematian yang sangat dicemburui oleh sekelian mahkluk di dunia ini,” ujarnya.

Loading...

Leave a Reply