Portal berita terbaik anda

Utama

Penyokong Tun M ugut bakar semua teksi

Gambar hiasan

“Jangan sampai kami terbalikkan semua teksi dan bakar teksi kalian,” begitulah marah dan agresifnya penyokong Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pemandu-pemandu teksi yang menuntut hak-hak yang telah dijanjikan kepada mereka sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Ini berikutan berlakunya insiden kekecohan di majlis perjumpaan Perdana Menteri itu bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi apabila beberapa orang anggota persatuan bertindak biadap keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-hailing, Grab.

Tun Mahathir berkata beliau sebagai Perdana Menteri cuba membantu golongan pemandu teksi untuk memulihkan kembali pendapatan mereka walaupun dalam masa yang sama tidak menunaikan janji untuk menghapuskan Grab bahkan memperkenalkan lagi satu perkhidmatan serupa yang dipanggil Diff Ride.

“Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendirilah. Tengok apa jadi. Saya nak tolong. Tapi kalau tak ada bantuan kepada saya, saya tak boleh tolonglah.

“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri. Saya bersara dah tapi orang panggil balik. Sebab itu saya datang. Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri hari ini pun saya letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” katanya.

Rentetan daripada insiden ini, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, penyokong Pakatan Harapan (PH) serta media-media kerajaan melabel semua pemandu-pemandu teksi sebagai biadab lalu mengundang respon daripada Persatuan Teksi Wilayah Persekutuan yang berikrar akan melumpuhkan Kuala Lumpur kerana hinaan dari pihak tersebut.

Penyokong Tun Mahathir yang kuat ‘menjilat’ dilihat mempertahankan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ‘diserang’ teruk itu dengan mengajak penyokong-penyokong yang lain untuk terbalikkan dan membakar teksi-teksi di sekitar Kuala Lumpur. – AbuLeman

Loading...

Leave a Reply