Penyokong PH dakwa wanita beri wang kepada pengundi, orang BN

WANITA yang mengagihkan duit kepada pengundi Orang Asli ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands adalah orang Umno yang menyamar, dakwa penyokong PH.

Di ruangan komen portal Malaysiakini, seorang penyokong PH, Onyal Rosely meninggalkan komen “Betulkah mereka tu orang PH? atau orang BN guna baju PH, sengaja berlakon, siap sedia diambil gambar untuk diviral..musykil gue..”

Noel Dex pula pula menulis “Baju PH siapa pun boleh pakai… siasat mungkin orang disebaliknya untuk buat fitnah”

Manakala kata Abdul Razak Nordin “Mesti orang UMNO ni.. Menyamar orang PH..”

Gambar wanita itu dirakam dalam satu program yang dihadiri calon PH, M Manogaran bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, semalam.

Ia kemudiannya ditularkan ke media sosial sehingga menerima pelbagai pelbagai reaksi daripada netizen.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh turut menyindir penularan gambar itu dan mengatakan ‘tidak mengapa berbuat demikian kerana mereka kerajaan Persekutuan’.

“Ini tak pe (tidak mengapa) sebab mereka federal Government.

“Kalau kita bagi kenduri untuk jentera pun salah besar sampai lima tahun tak boleh mengundi,” tulis beliau di laman Twitternya.

Loading...

Leave a Reply