Portal berita terbaik anda

Utama

Penyatuan UMNO-Pas tidak memberi sebarang faedah – Ustaz Uda Kasim

PENYATUAN ummah antara UMNO dan Pas tidak mendatangkan apa-apa kebaikan, demikian kata pendakwah bebas Ustaz Mohamad Uda Kasim.

Menurutnya, ini kerana penyatuan dua parti terbesar orang Melayu Islam itu berasaskan kebencian dan perkauman yang akan membawa kepada perpecahan kaum di negara ini.

“Penyatuan ummah bukan ajaran Nabi Muhammad SAW. Malah apa yang baik diamalkan ialah perpaduan ummah atau menguruskan ummah sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Selamat Pagi Malaysia di TV1, pagi tadi.

Dalam pada itu, Mohamad Uda turut menggesa rakyat agar mentaati pemimpin yang ada sekarang kerana mereka sudah cukup elok dan baik-baik belaka.

Loading...

4 Comments

  1. ghofor

    kesian ust Uda
    dulu sama dlm jemaah jual paper rumah kerumah lepak2 tidur di masjid Baiduri.
    Kini ust terpesong fahaman.Nabi ajak umatnya bersatu.Nabi tak mengaku umat pada org yg memutuskan silaturahim.
    Islam mengajar umatnya berdamai bila satu pehak telah mengakat bendera putih.Tapi Ust rela jadi tali barut kafir dap.
    Moga Allah beri hidayah kpd ust Uda.

  2. Othman

    Kita ambil.yang positif sajalah….bila perkara2 yg membawa kepada kebaikan,kita patut sokong..penyatuan ummah ni x mengira kita dari sukukaum dan bangsa apa yg penting kita semua adalah daripada golongan muslim..

  3. Shahromaaziz

    Orang biasa binasa je dia ni..Tak layak tittle ust ..Komen dia Komen sifat YAHUDI NASRANI…seperti watak ABUJAHAL ..

  4. KakChah

    Bertaubatla..dunia ni sat ja pak..paham kok mana hang

Leave a Reply