Portal berita terbaik anda

Utama

Penyanyi rock terkenal dicari selepas tular video dikatakan langgar SOP

MELAKA – Seorang penyanyi rock akan dipanggil pihak polis negeri bagi membantu siasatan susulan satu klip video yang tular di laman sosial sejak semalam berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di sebuah hotel di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, pihaknya akan memanggil penyanyi itu dalam masa terdekat untuk memberi keterangan selepas menerima satu laporan mengenai klip video berdurasi 42 saat itu pada pukul 12.43 pagi tadi.

“Video tersebut telah menunjukkan seorang selebriti dan beberapa individu lain telah melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semasa menghadiri satu majlis misi kemanusiaan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah, Melaka.

“Pihak JSJ Melaka telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Kawalan Pergerakan Pemulihan ), No.3, 2021,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, kesemua yang terlibat dalam kes tersebut termasuk penganjur program akan turut dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk diambil keterangan.-K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply