Portal berita terbaik anda

Politik

Penurunan kutipan PTPTN salah Najib

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching hari ini berkata antara punca penurunan kutipan bayaran PTPTN bagi tahun ini adalah lanjutan tempoh penangguhan yang diberikan kerajaan terdahulu.

Kerajaan BN sebelum ini melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik dari enam bulan kepada setahun.

Justeru kata Teo penurunan kutipan bukan hanya berpunca daripada pengeluaran nama peminjam yang gagal membuat bayaran daripada senarai hitam imigresen, seperti yang didakwa Khairy Jamaluddin (BN-Rembau).

Teo berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan Khairy.

Khairy bertanyakan jumlah bayaran semula yang dikutip PTPTN selepas nama mereka yang ingkar dibuang daripada senarai hitam imigresen.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyindir Teo Nie Ching dengan jawapannya di Parlimen. Jika dahulu mahu menghapuskan PTPTN dan mahu menangguhkan PTPTN tetapi sekarang berkira pula dengan wang PTPTN itu.

Najib mempersoalkan mengapa dirinya dipersalahkan sedangkan bertahun-bertahun Pakatan Harapan (PH) menghasut peminjam untuk tidak membayar.

Bagaimanapun Najib mengaku yang beliau bertanggungjawab meluluskan dasar baru bagi peminjam untuk hanya mula membayar pinjaman PTPTN pada bulan ke

Dalam masa yang sama Najib mempersoalkan apa sumbangan KERAjaan PH untuk membantu golongan ini setelah janji manifesto untuk menghapuskan dan menangguhkan pinjaman PTPTN tidak ditunaikan.

“Mereka semua yang selesa di Putrajaya buat apa untuk bantu pelajar-pelajar ini?” soalnya. – KTV/AbuLeman

Loading...

Leave a Reply