Portal berita terbaik anda

Utama

Penunjuk perasaan Hong Kong berhimpun untuk Uighur

HONG KONG – Penunjuk perasaan pro demokrasi Hong Kong berhimpun untuk etnik Uighur China, hari, dalam tindakan yang dijangka meningkatkan kemarahan Beijing kerana mereka menyamakan situasi mereka dengan minoriti Muslim yang ditindas itu.

Perhimpunan itu dileraikan apabila polis rusuhan campur tangan, selepas penunjuk perasaan membuang bendera China daripada sebuah bangunan kerajaan.

Laungan dan bendera pro Uighur sering dilihat dalam perarakan di Hong Kong, namun perhimpunan hari ini adalah yang pertama dikhaskan untuk Uighur sahaja.

Kira-kira 1,000 orang berhimpun di dataran berhampiran pelabuhan bandar itu dengan mendengar ucapan amaran bahawa operasi Parti Komunis China di Xinjiang mungkin berlaku di Hong Kong.

“Kita tidak patut melupakan mereka yang mempunyai matlamat sama dengan kita, perjuangan kebebasan kita dan demokrasi serta kemarahan terhadap Parti Komunis China,” kata salah seorang yang berucap sehingga disambut sorakan orang ramai.

Loading...

Leave a Reply