Portal berita terbaik anda

Utama

Penjawat awam Kelantan diwajibkan pakai songkok setiap Khamis

KOTA BHARU – Kakitangan kerajaan negeri Kelantan perlu memakai songkok setiap hari Khamis bekerja, berkuat kuasa esok.

Notis arahan yang dikeluarkan 19 Disember lalu untuk kakitangan awam lelaki kerajaan negeri itu ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Azmi Tengku Jaafar.

Menerusi notis berkenaan memaklumkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kali ke-23 tahun 2019 di bawah Perkara-perkara Lain (11) yang bersidang pada 6 November 2019, membuat cadangan bersetuju dengan keputusan supaya penjawat awam lelaki di negeri Kelantan memakai songkok pada setiap hari Khamis bekerja.

Notis berkenaan turut memaklumkan arahan itu berkuat kuasa serta-merta.

Terdahulu, notis arahan itu tersebar di media sosial melalui WhatsApp.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Ada surat kira betullah,” katanya ringkas melalui kiriman WhatsApp.

Loading...

Leave a Reply