Peniaga dakwa dikompaun RM50,000 gara-gara jual burger depan rumah

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Faisal Burger berkongsi satu surat saman yang dipercayai telah dikeluarkan oleh pihak polis.

Perkongsiannya itu bagaimanapun, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet mengapa dia dikenakan kompaun dengan kadar yang begitu banyak.

Surat saman tersebut menunjukkan lelaki berkenaan telah dikompaun sebanyak RM50,000.

Namun, tulisan yang tertera pada resit berkenaan tidak jelas mengapa dia telah dikenakan tindakan sedemikian rupa.

Status yang ditulisnya di laman Facebook, mendakwa dia dikenakan kompaun berikutan berniaga di depan rumah sewaktu polis datang ke rumahnya.

“Alahai dugaan bulan puasa, niaga burger depan tangga rumah pukul 11 lebih polis mari. Niaga burger kena kompaun 50k. Semoga rezeki aku dan keluarga bertambah ada hikmah di sebalik kejadian niaga pun untuk buat lepas bayar bil bulan-bulan ja,” tulis Faisal.

Sementara itu, netizen menyatakan lelaki berkenaan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan iaitu berniaga melebihi waktu yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pada masa yang sama, ada juga yang menyifatkan kadar kompaun yang dikenakan adalah terlampau mahal dan tidak mampu dibayar oleh peniaga berkenaan.

Bagaimanapun, tiada info lanjut di sebalik kejadiaan berkenaan.

Loading...
Published
Categorized as Viral

1 comment

  1. Silap tu. Peniaga berkenaan tidak berniaga sebaliknya menyiapkan tempahan burger dari sebuah kilang utk pekerja mereka makan sahur

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *